Trip ke Pulau Angsa bersama Yuslan dan Azuan..Alhamdulillah naik 2 ekor pari.
Bro Shafiq
Trip memancing (26-02-2011) bersama Shafiq dari Penang..ni adalah kali ke2 kami dpt turun memancing bersama.
Trip bersama Adi Ampang..Merupakan rekod tangkapan terberat :-)
Info Tentang Pari
SOAL: Apakah umpan terbaik memancing ikan pari, apakah peralatan, saiz perambut dan matakail, bilakah waktu sesuai untuk memancing ikan pari, jika umpan disambar ikan pari apakah tindakan yang harus di lakukan? dan jenis pari yang boleh dipancing.

JAWAB: Salah satu soalan yang biasa di utarakan oleh pemancing muara. Dalam soal jawab sebelum ini telah di terangkan mengenai ikan pari. Walaupun bagaimanapun saya akan jelaskan lagi dan jawab soalan yang di kemukakan. Untuk menjelaskan mana satu umpan terbaik sukar untuk dihurai tanpa fakta saintifik. Ini memandangkan lain pemancing lain pendapat mengenai umpan terbaik untuk pari. Umpan yang biasa digunakan memancing pari adalah udang hidup, sotong cumit atau sotong jarum hidup, sotong mati tapi belum kena ais, sotong kurita, sotong katak kecil, ikan jajang (seperti belacak sungai), ikan belanak, selayang/ selar kuning di potong dua, anak ikan bebolos, anak gelama, perumpun, ikan tamban dan ikan beliak mata.

Waktu sesuai ialah ketika arus tidak terlalu laju dan waktu di antara berlakunya perubahan pasang surut air. Pari menelan umpan tidak kira masa, sama ada pagi, petang dan malam. Pari apabila menelan umpan dan terasa tekanan yang dikenakan ke atasnya akan mula melarikan diri. Tenaga yang di miliki pada permulaan ini sukar untuk ditangani pemancing. Jika berlaku keadaan ini kita perlu beri tali tapi jangan terlalu longgar dan tunggu sehingga larian pari lemah. Semasa memberi tali, pada masa yang sama sentiasa berikan tekanan pari pari bertujuan meletihkan ia. Jika ada peluang mengarau tali lakukan tanpa ragu-ragu. Bermain dengan pari banyak memerlukan kesabaran terutama apabila ia memekap di dasar dalam jangka masa yang lama.
Jenis pari yang biasa makan umpan pemancing ialah pari benting, pari harimau, pari minyak, pari lalat, pari pasir, pari nyonya, pari daun, pari kulim, pari tanjung, ketuka dan kadang kala pari lang. Pari paus, pari kebas dan pari serban adalah di antara pari yang tidak makan umpan. Kalau mengena mata kail saya anggap kes tidak sengaja.
No comments:
Post a Comment